PETALING JAYA: Afrika Selatan menganggap Malaysia sebagai sekutu penting dalam memperjuangkan hak Palestin dan menentukan nasib sendiri, menurut Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, David E. Malcomson.
"Sejak Malaysia menyokong perjuangan pembebasan kami (Afrika Selatan), apabila kami mencapai kemerdekaan, kami faham bahawa Malaysia akan sentiasa bersama dalam isu Palestin.
"Dan itu telah dilakukan sepanjang dekad sejak itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perbincangan Meja Bulat mengenai Inisiatif Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Afrika Selatan dan Implikasinya terhadap Tel Aviv di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, di sini, pada Selasa.
Ditanya sama ada beliau berharap Malaysia akan terus konsisten menyokong Afrika Selatan, beliau menjawab: "Saya tahu Malaysia akan konsisten dalam isu ini, saya tidak perlu berharap."
BERNAMA sebelum ini melaporkan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan berada di Hague, Belanda untuk mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin.
Mohamad dijadual menyampaikan kenyataan lisan Malaysia di Peace Palace di The Hague pada 22 Feb kira-kira 5.10 petang waktu tempatan (kira-kira 12.10 tengah malam 23 Feb waktu Malaysia).
"Malaysia menyertai prosedur Pendapat Nasihat bagi membantu ICJ meneliti persoalan-persoalan perundangan yang dikemukakan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)," katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad berkata permohonan untuk Pendapat Penasihat itu terhasil daripada Resolusi 77/247 UNGA yang diterima pakai pada 30 Dis 2022, dengan Malaysia telah menyokong dan menaja bersama resolusi berkenaan.
Pendapat Penasihat merupakan prosedur berasingan daripada permohonan Afrika Selatan bagi memulakan prosiding terhadap Israel yang difailkan di ICJ pada 29 Dis 2023, katanya.
Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak 7 Okt dan mengakibatkan hampir 29,000 penduduk terbunuh serta kemusnahan besar-besaran termasuk kekurangan barang keperluan hingga membawa kepada krisis kemanusiaan di Gaza.
- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Malcomson berharap Malaysia akan terus konsisten menyokong Afrika Selatan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Gaza: Afrika Selatan teliti laporan Israel kepada ICJ sebelum ambil langkah susulan
Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada ICJ mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Afrika Selatan anggap Malaysia sekutu penting dalam perjuangkan hak Palestin
Afrika Selatan menganggap Malaysia sebagai sekutu penting dalam memperjuangkan hak Palestin dan menentukan nasib sendiri, menurut Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia David E. Malcomson.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Afrika Selatan suarakan kebimbangan berhubung serangan Israel di Rafah
Timbalan wakil tetap Afrika Selatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marthinus van Schalkwyk pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung serangan Israel ke atas Rafah.